Penjagaan Kamera


Menjaga kamera merupakan perkara utama yang perlu diberikan perhatian. Seperti harta lain kamera adalah harta yang perlu diberi perhatian jika anda mahukan gambar-gambar bermutu.

Kamera:


Kamera yang baik semestinya sebuah kamera boleh berfungsi ketika diperlukan. Kamera tidak harus dibiarkan tanpa penjagaan yang sempurna. Pastikan kamera anda tidak berada di tempat yang terlalu sejuk dan terlalu panas. Kerana ada diantara kamera yang amat sensitif pada suhu tersebut.
Pastikan kamera tidak diletakkan di tempat berdebu. Kerana debu boleh menjejaskan komponen kamera. Jika dibiarkan berterusan kamera anda mungkin tidak boleh berfungsi.


Paling baik jika anda sediakan alat yang boleh diletakkan bersama Selecagel agar wap air akan disedut dari kamera, kesannya fungus boleh dielakkan.


Jangan biarkan filem berada di dalam kamera terlalu lama (lebih dari dua bulan) kerana filem itu akan melekat di bahagian luar katrijnya. Jika hal ini terjadi mungkin kamera anda akan menghadapi masalah.


Batteri pada kamera jangan dibiarkan berada terlalu lama kerana dikuatiri akan terjadi proses ruapan dimana masalah ini akan merosakkan kamera.


Sekiranya anda tidak menggunakan kamera dalam jarak tiga bulan, pastikan anda memainkan Shutter Speed kamera bermula dari SS 1/B hingga 1/2000 (atau SS paling maksimum yang ada). Gerakkan SS itu satu persatu dan mainkan SS itu agar ia boleh berfungsi walaupun kamera jarang digunakan.


Lens:


Lens umpama mata pada manusia. Jika lens rosak, gambar yang dihasilkan akan menghampakan kita. Oleh itu lens perlu dijaga dengan baik. Lens lebih mahal harganya jika dibandingkan dengan badan kamera.


Ketika membeli lens belilah filter UV atau Skylight. Filter ini berperanan menghalang lens terkena debu, kesan jari dan sebagainya. Jangan biarkan permukaan lens terdedah setiap masa kerana ini akan memungkinkan lens tercalar. Adalah malang jika lens tercalar.


Letakkan lens anda dalam alat Decicater bersama Selecagel agar wap air akan diserap. Jika ada berkemampuan, belilah Avon yang boleh membantu mencegah lens dan kamera anda dijangkiti fungus. Harganya sekitar RM 500 ~ RM 1000.


Namun jika mahukan cara yang murah, gunakan plastik dan masukkan selicagel dan simpanlah lens atau kamera di tempat yang selamat.


Membersih lens:


Lens yang telah lama digunakan tidak terlepas dari terkena debu, kesan jari, wap air. Jika masalah ini terjadi, langkah berikut boleh dilakukan sendiri.


Sediakan Lens Cleaner (dalam bentuk cecair), Lens Tissue, Blower Bruss, Kain lembut, Hair Dryer. Alat dan bahan-bahan tersebut boleh dibeli dari kedai yang menjual peralatan fotografi.
Lakukan kerja ditempat kering dan tidak berdebu.


Hembuskan lens dengan Blower Brush dan gunakan berus yang tersedia untuk menghilangkan hablor keras pada debu.


Lap permukaan lens dengan Lens Cleaner agar kesan debu atau wap air ditanggalkan. Keringkan dengan Lens Tissue.


Ketika melekapkan filter ke lens, hembuskan dengan Hair Dryer agar debu disekitaran tidak melakat semula. Filter juga perlu dibersihkan seperti anda membersih lens sebelum dilekatkan pada lens. Walaupun filter harganya murah tapi jangan biarkan berdebu kerana mutu gambar akan turut terjejaskan jika filter anda kotor.


Proses mencuci lens tidak perlu dilakukan dengan kerap. Memadailah anda mencuci filter sahaja. Bahagian belakang lens juga perlu dilakukan pencucian serupa dan ketika hendak melekatkan pada badan kamera proses menyembur angin dengan Hair Dryer hendaklah dilakukan.

Bahan mencuci lens Almari menyimpan lens

 


@RaaiMan tahpermai 13082000